Tutorial menjahit – CADAR TILAM BERGETAH
1. Pertama sekali, ukur tilam anda. Panjang dan lebar tilam (lebar termasuk ketebalan tilam). Beli kain kat kedai kain.Cari kain khas untuk buat bedsheet. Untuk tilam double beli kain bidang besar (bidang 60”), nak tau lebih lanjut pasal kain tanya kat promoter kedai kain tu sebab saya pun tak berapa expert pasal kain.Bedsheet ni jenis yang ada getah so tak perlu kain banyak. Lebih kurang 3m dah cukup untuk bedsheet, 2 helai sarung bantal dan sehelai sarung bantal guling.Saya memilih kain cotton, kalau beli memang mahal la bedsheet cotton tapi bila buat sendiri memang murah giler.Jadi tunggu apa lagi, mula..
2. Dah dapat ukuran, potong ikut ukuran tilam, lepas tu bentang kain diatas lantai.Kemudian letak pembaris sesiku L macam gambar diatas.Ukuran 10x10 tu tandakan dengan kapur.
3. Potong sudut kain macam diatas.
4. Hasilnya macam diatas. Ulang langkah diatas untuk setiap 4 sudut.
.
S5. Selepas memotong keempat sudut bedsheet, temukan sudut yang telah dipotong tadi seperti diatas.10 inch bermaksud ketebalan tilam.Kemudian jahit seperti dibawah.Ulang langkah yang sama bagi setiap sudut.
6 6.Siap dijahit.Kemudian
barulah kita kemaskan bahagian bawah cadar untuk dipasang getah.Getah boleh
dipasang sekiling cadar atau dua bahagian atas dan bawah.Tinggal ruang ditengah
tanpa getah.Boleh rujuk cadar yang lama untuk cara menjahit getah.
TQ SIS
ReplyDelete