HOBI SAYA

Hobi merupakan sesuatu perkara yang dilakukan oleh seseorang pada masa lapang.Tetapi pada hari ini ramai yang menjadikan hobi sebagai perniagaan mereka. Bagaimana itu terpulanglah kepada individu tersebut mencipta kreativitinya dalam menjadikan hobi sebagai perniagaan. Marilah kita sama-sama belajar bagaimana menjana pendapatan melalui hobi kita.Idea ini kebanyakan orang telah mengetahuinya malah ramai pun yang dah berjaya dalam perniagaan dengan bermula dengan hobi mereka.Bagi  kita yang masih belum mencapai matlamat kita, jom kita bermula dari sekarang. Jadikan hobi sebagai perniagaan kita, walaupun kadang-kadang kita masih keliru apakah sebenar yang kita mau lakukan tapi mula dari yang asas, tak mustahil lama-kelamaan kita akan menjadikannya sebagai habit kita dalam melakukan sesuatu perkara secara konsisten.
Hobi saya pula menjahit, pada asalnya saya menjahit bukan sebab saya sangat  menjahit pun, hanya sekadar mau mencuba-cuba melihat rakan baik yang suka menjahit lama-lama saya pun terikut apabila rakan baik saya mula menghasilkan sesuatu dengan menjahit sendiri.Wajahnya terserlah kepuasan diri bila dapat menghasilkan sesuatu walaupun benda tersebut hanyalah yang biasa dimata orang lain namun bagi seseorang itu ianya amatlah bermakna terutamanya apabila sesuatu itu adalah hasil tangan sendiri. Bercerita pasal diri saya, saya mula menjahit sarung bantal sendiri, rasa tak sabar nak sarungkan ke bantal.Memang menakjubkan dan rasa sesuatu yang luar biasa bila sarung bantal tersebut berjaya dijahit dengan dua belah tangan saya, memang puas hati lah. Kalau nak tau rasa macam mana cubalah saudari jahit sendiri, apa-apa jelah. Memang rasa sangat diberkati. Bermula sarung bantal, lepas tu saya jahit sarung tilam, langsir dan sebagainya. Lagi satu kebaikan apabila kita jahit sendiri kos sudah semestinya jauh lebih rendah bukan. Kalau beli langgsir paling murah pun satu panel boleh mencecah RM50, kalau jahit sendiri memang murah.Tak percaya, boleh cuba sendiri dan lihat perbezaannya. Mesti anda pun mula mencuba untuk menjahit sendiri. Kalau nak cerita kisah atau apa yang pernah saya jahit memang tak larat la nak baca tapi boleh la melawat laman blog saya fellylovetosew.blogspot.com, dalam blog tersebut saya sertakan hasil kerjatangan saya namun bukan semua. Hanya beberapa sahaja  yang sempat dimuat naik untuk kenangan saya pada masa akan datang.
Saya terbuka untuk membuka blog baru ini sebagai journal peribadi saya untuk dikongsikan bersama untuk kita melangkah lebih setapak lagi menuju kejayaan seperti mereka yang telah berjaya kerana saya percaya yang setiap orang bermula dari langkah pertama untuk mereka mencapai kejayaan mereka pada hari ini. Soalannya bagaimana mereka boleh berjaya pada hari ini? Siapa? Saya akan menulis lagi di entri pada masa akan datang tentang siapakah gerangan orang itu yang mendorong saya menulis blog pada hari ini.Bagaimana beliau menjadi idola saya dan menjadi pendorong kepada saya agar memulakan langkah pertama saya pada hari ini. Kenapa saya menulis atau berkongsi cerita ini kepada anda kerana salah satu tips yang dapat saya pelajari dari beliau ialah dengan berkongsi sesuatu yang memberi manfaat kepada orang lain maka kita juga akan mendapat manfaat bersama.  Contohnya, kalau ilmu yang ada pada setiap orang hanya disimpan untuk dirinya sendiri, apakah ilmu tersebut akan berkembang. Sudah tentu tidak, berkongsi ilmu menjadikan ilmu tersebut semakin berkembang luas sehinggalah apa yang berlaku pada hari ini.Namun bagi kita yang belum mencapai kejayaan pada hari ini sekurang-kurangnya kita sudah melangkah satu langkah ke hadapan. Untuk langkah seterusnya terpulanglah pada diri kita bagaimana kita meneruskannya. Cari peluang yang ada bukan menunggu peluang depan mata kerana peluang tersebut tidak akan muncul depan mata sekiranya kita tidak mencari sendiri peluang atau buka peluang pada diri kita sendiri. Oleh itu sama-sama kita jadikan hobi kita sebagai perniagaan kita. Cepat atau lambat untuk kita mencapai kejayaan itu terpulanglah kepada matlamat diri kita yang tentukan.

Teruskan usaha dan jangan berputus asa!
Kata semangat ini untuk diri saya dan anda yang sedang memberi peluang kepada diri sendiri. Kepada yang sudah melangkah dihadapan saya dialu-alukan lagi untuk berkongsi ilmu dengan kami yang baru belajar untuk manfaat kita semua.
Semoga saya dan anda berjaya!

Salam sejahtera!

No comments:

Post a Comment