Friday, 11 April 2014

Bergaya

Wanita memang suka bergaya dan inginkan penampilan yang cantik sentiasa . Tampil cantik adalah idaman setiap wanita. Kenapa wanita selalu nak kelihatan cantik walau dimana mereka berada terutama golongan yang belum mempunyai pasangan tentulah ingin memikat hati si dia kan. Tapi tidak bermakna yang sudah berkahwin tak perlu bergaya atau yang belum berkahwin tak semestinya kena bergaya. Jika kita dari golongan yang suka bergaya haruslah kita kekalkan penampilan tersebut sebelum dan selepas berkahwin dan mempunyai anak. Ramai wanita hari ini terutama yang telah berkahwin terlupa penampilan mereka sebelum berkahwin. Sebaik-baiknya kita menjaga penampilan kita biarpun selepas mempunyai anak. Ini penting untuk seseorang wanita itu tampil lebih yakin bilamana kita keluar bersama suami terutamanya semasa majlis makan malam bersama rakan sekerja encik suami. Ini kerana apabila kita kelihatan selekeh, kita mungkin akan terasa kecil hati dengan pandangan sekeliling orang yang selalu bersama Encik suami. Manakala suami pun rasa rendah diri dan sebagainya. Namun ini bukan menakut- nakutkan namun kesedaran itu penting untuk kita kelihatan cantik, jaga penampilan dan sebagainya. Saiz badan juga faktor penting yang perlu kita jaga terutama sekali selepas bersalin, jangan ambil mudah. Ramai antara kita yang berkata " ah.. Biarlah ... Janji aku bahagia" namun itu bukanlah tindakan yang bijak. Seharusnya kita kena berusaha untuk mendapatkan saiz badan yang ideal khususnya agar sedap mata Encik suami memandang. Kita juga akan berasa lebih yakin dengan diri sendiri dan sekaligus dapat mengekalkan penampilan kita sebelum mempunyai anak. Penampilan bagi wanita amat penting kerana penampilan adalah cermin  bagi diri kita. Penampilan perlulah sesuai dengan keadaan di sekeliling kita, tak perlu 'over' sangat kerana ia akan menjadikan kita tak selesa dan sebagainya. Bagi yang belum mempunyai pasangan pula, nasihat saya perlu lah jadi diri sendiri, agar ianya tak menyusahkan kita kelak. Jika kita kena mengubah diri kita untuk seseorang, apakah kita akan kekal menjadi orang lain pada masa akan datang? Sudah tentulah tidak, hubungan juga tidak akan kekal jika kita cuba untuk menjadi orang lain. Jadi lah diri sendiri pada awal perkenalan, pendek kata jujur pada diri sendiri dan juga si dia yang baru dikenali. Lebih baik diri nya menerima seadanya kita untuk hubungan yang kekal abadi. 
Berbalik pada tajuk bergaya, menjadi diri sendiri yang suka bergaya memang tak salah teruskan gaya itu walaupun apabila dah berkahwin dan ada anak. Walaupun kadang-kadang ada suara- suara yang mengata ' dah beranak pinak pun masih bergaya sakan' , tapi biarlah apa orang nak kata apa janji kita jadi diri kita dan kita tahu apa yang kita buat itu untuk kelihatan cantik buat suami tercinta dan menambah keyakinan diri sekaligus kita akan bersikap lebih positif. Jika tiada keyakinan diri maka kita selalu memikirkan perkara yang negatif yang membuat kita tertekan, rasa rendah diri dan sebagainya. Bagi yang kurang pandai bergaya pula, seharusnya kita belajar dari semasa ke semasa, kerana penampilan amat penting kerana ianya adalah cermin diri kita. Minta pandangan dari pasangan kita tentang penampilan kita, bersikap terbuka agar kita dapat terima dan tahu apa jua kelemahan dan dengan itu kita sedikit demi sedikit dapat memperbaiki gaya penampilan kita untuk tampil lebih cantik dan bergaya. Dan saya percaya setiap wanita mahu tampil bergaya dan kelihatan cantik. 
Sekian untuk pandangan saya tentang bergaya untuk kali ini.

Semoga anda dan saya lebih yakin pada diri sendiri dan menjadi wanita bergaya dan berjaya!









No comments:

Post a Comment