Wanita dan kecantikan, memang berkait rapat. Setiap wanita
mengidamkan wajah yang cantik, bentuk tubuh badan yang cantik dan pakaian yang
cantik.Namun bukan semua pun memiliki
wajah dan bentuk badan yang cantik.Apapun kita bersyukur kerana wajah kita
adalah anugerah dari Tuhan.Mahu memiliki badan yang cantik, yang ni kena usaha
juga. Badan yang cantik ialah badan yang ideal, tidak gemuk dan tidak terlalu
kurus.Ramai wanita sekarang takut gemuk tapi tidak mengawal nafsu makan sebab
katanya sedap dan sebagainya.Bila kata kena bersenam, malas lah
pulak.Macam-macam alasan dan sanggup berabis untuk membeli produk atau pergi ke
pusat sliming centre.Tak salah kalau mampu, tapi yang tak mampu tu bagaimana?
Kalau memang nak kuruskan badan, apa cara sekalipun boleh menjadi asalkan kita
berusaha.
Tips yang paling penting ialah mindset. Set minda kita untuk
turunkan berat badan maka secara otomatik kita boleh mengawal nafsu makan dan
melakukan senaman ringan dirumah.Bagi yang sibuk bekerja pula kalau tak ada
masa nak bersenam, lakukan aktiviti selepas balik kerja.Buat kerja-kerja rumah
juga menyumbang dalam penurunan berat badan. Cara makan juga diambilkira, makan
ikut masa dengan kuantiti yang sedikit. Jika jenis yang cepat lapar, kerapkan
waktu makan tapi kuantiti yang sedikit. Contohnya makan pagi, ambil secawan
kopi + roti, tengah hari ambil semangkuk nasi +lauk (seimbang), minum petang
secawan milo + biskut atau kuih, makan malam sebelum jam 8 ambil semangkuk nasi
+ sup (ayam + sayur). Minum air secukupnya. Malam jika lapar ambil milo atau
oats. Jika berat badan berlebihan boleh selitkan pengambilan oats pada waktu
siang untuk tenaga dan oats juga boleh membantu dalam pembakaran lemak. Kawal
nafsu makan seboleh-bolehnya, berhenti makan sebelum kenyang.Mula-mula agak susah
tetapi lama-kelamaan akan menjadi kebiasaan. Bila dah menjadi kebiasaan, kita
akan nampak perubahan dari semasa ke semasa.
Jadi, jangan buat alasan lagi kalau kita nak kelihatan cantik
tubuh badan, mulakan sekarang. Saya dah pun mencuba guna tips diatas dan ianya
berkesan dan sekarang saya sangat gembira.Saya makan untuk alas perut sahaja
untuk mendapatkan tenaga.Sekarang saya tak perlu diet macam nak pengsan pun ada
menahan lapar.Rupa-rupanya salah, makan ikut waktu tapi ambil dalam kuantiti
yang sedikit.Tips ini saya pelajari dari cara orang Jepun, saya terbaca satu
artikel bagaimana orang Jepun dinegara Jepun tidak makan untuk kenyang tapi
sekadar mengalas perut.Kalau kita tengok makanan orang jepun pun kebanyakannya
memang dibuat sikit untuk sejenis. Pada mulanya saya terpikir juga bagaimana
orang Jepun ni boleh kenyang kalau hanya makan sushi. Tapi apabila saya terbaca
artikel tersebut, barulah saya tahu dan faham.
Kecantikan pada wajah pula, saling dikaitkan dengan
produk-produk kecantikan yang memang dah tak terkira banyaknya.Pelbagai jenis produk, pelbagai
jenama di pasaran pada masa ini jadi kita kena jadi pengguna yang bijak untuk
memilih apa jua produk yang sesuai untuk jenis kulit kita. Kita boleh mencuba
satu-satu produk tetapi harus berhati-hati , teliti kandungan produk tersebut.
Sekiranya masalah berlanjutan permasalahan kulit bolehlah berjumpa dokter pakar
untuk mendapatkan khidmat nasihat. Untuk wajah yang semulajadi bersih dan tidak
bermasalah , bolehla terus menggunakan produk yang dipakai. Kepelbagaian produk
pada hari ini juga menyukarkan kita untuk memilih mana satu produk yang paling
bagus kerana setiap orang berlumba-lumba untuk tampil lebih cantik manakala
pengusaha produk juga berlumba-lumba menghasilkan produk yang terbaik dan
menawarkan penggunanya menjadi rakan kongsi dan sebagainya. Jadi ini juga satu
peluang yang baik sebagai pengguna bijak kita bukan sahaja menjadi pengguna
malah rakan kongsi kepada pengusaha produk tersebut, disamping kita guna produk
kita juga dapat menjana pendapatan sehingga ada pengguna menjana pendapatan
utama mereka melalui produk yang mereka guna.
Antara jenama produk yang tidak asing bagi wanita pelbagai peringkat umur
iaitu AVON. Saya percaya semua orang tahu tentang AVON. Produk kecantikan AVON juga bertaraf
antarabangsa. AVON juga menawarkan keahlian dengan potongan harga yang menarik
pada setiap produk yang anda beli. Menjadi ahli kepada AVON juga melayakkan
anda menjual produk mereka kepada rakan-rakan anda. Dengan itu, anda dapatlah
menjana pendapatan dari hasil jualan dengan hanya menunujukan catalog AVON.
AVON juga menwarkan pelbagai produk, jadi kita tak perlu mencari produk dari
jenama lain.Di AVON boleh dikatakan semua ada , kosmetik, penjagaan kulit dan
juga haruman.AVON juga sentiasa melakukan kempen melalui katalog. Dari segi
harga jauh lebih murah berbanding jenama lain.
Tidak kira apa jenama yang dipilih, jadilah pengguna bijak
senantiasa.
JOM CUCI-CUCI MATA : Klik dibawah !
AVON e-Brochure
JOM CUCI-CUCI MATA : Klik dibawah !
AVON e-Brochure
Salam
sejahtera dan semoga anda dan saya berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi!
Harrah's Casino & Hotel - MapyRO
ReplyDeleteFind the Harrah's 계룡 출장마사지 Casino 강원도 출장샵 & Hotel in Tunica Resorts, 김제 출장마사지 MS. Make an estimate of room rates, amenities, 구미 출장샵 work-life balance, parking meters 구리 출장안마 and