Entri pertama saya terbuka untuk berkongsi apa yang saya dan kebanyakan wanita suka. Apa yang wanita suka? Kebanyakan mereka akan menjawap "shopping", begitu juga saya, duit itu masalah kedua, tak ada duit boleh juga cuci-cuci mata "window shopping". Jalan-jalan di shopping mall adalah kegemaran wanita, sampai ada yang mengatakan membeli belah itu adalah "self-therapy" yang dapat menghilangkan tekanan kerana tekanan kerja dan sebagainya. Tapi bukan semua wanita mendapat peluang sedemikian, mereka yang kurang berkemampuan atau mereka yang sibuk dengan aktiviti seharian, namun masih ada alternatif bagi yang sibuk boleh membeli melalui dalam talian, manakala yang kurang berkemampuan perlu menyedari diri untuk berjimat cermat. Bagi yang kurang bernasib baik ini, apapun keadaan kita kena bersyukur dengan seadanya kita namun bukan bererti kita harus mengalah dan duduk sahaja, keluar mencari peluang di luar kerana orang lain tidak akan memberi peluang pada diri kita tapi kita sendiri yang harus mencari peluang yang ada. Kadang-kadang kita tersepit kerana dek masalah anak-anak dan sebagainya namun untuk memulakan langkah menuju kejayaan bukan sesuatu yang mudah. Permulaan dengan pelbagai cabaran yang perlu ditempuhi, namun teruslah berusaha tanpa peduli apa orang buat dan apa orang cakap. Kelemahan wanita ialah suka ambil peduli apa orang lain cakap, kita akan lemah apabila orang cakap sesuatu yang tidak suka didengar mengenai diri kita. Kita mudah rasa kecil hati dan sebagainya, namun kekadang kita tidak sedar bahawa kita juga pernah menyakiti hati orang lain dengan kelakuan kita, percakapan kita dalam kita sedar dan tidak sedar. Sebaiknya jika kita tersedar kita harus meminta maaf dan berdamai dengan seseorang yang telah kita sakiti dan dengan itu kita akan merasa tenang dan lebih bermotivasi diri.Hidup di dunia siber pada abad ini merupakan satu cabaran juga, dengan wujudnya media sosial pada hari ini dan penyalahgunaan media ini menjadikan penggunanya cenderung kepada masalah mental dan emosi. Wanita yang bijak ialah wanita yang boleh mengawal emosi, dan lebih positif dalam apa jua yang mereka lakukan.
Berbalik kepada tajuk, berbelanja atau membeli belah adalah dua perkara sama namun maksudnya berlainan, berbelanja ialah membelanjakan wang ringgit untuk membeli barangan keperluan manakala membeli belah pula membeli barangan mengikut kehendakdan keinginan diri sendiri. Jika kita dari golongan yang kurang berkemampuan kita perlu pilih kata berbelanja, ianya lebih sesuai kerana kita akan mengajar diri kita untuk meletakan satu kos keatas barangan yang kita perlu atau apabila kita menginginkan sesuatu dan merancang untuk membelinya. Meletakan kos dan merancang sesuatu barangan yang kita hendak beli adalah satu langkah berjimat.
Namun ada sesetengah wanita yang suka membeli belah tanpa mengira kemampuan dan ini akan memudaratkan lagi masalah kewangan. Ada yang sanggup berhutang demi memenuhi kehendak mereka. Sedih tapi hakikat bak kata pepatah " Biar papa, asal bergaya" Untuk mengelakan diri dari terjebak dalam masalah ini, kita perlu cepat-cepat sedar diri kita supaya kita dapat selamatkan diri kita.Orang lain tidak akan selamatkan diri kita melainkan diri kita sendiri.Berbelanja dengan berhemah adalah tanggungjawab kita demi keharmonian keluarga kita.
Cukup setakat ini dahulu buat entri pertama saya di blog ini. Terima kasih moga menjadi terapan dalam diri saya dan anda wanita yang bijak. Salam sejahtera!
No comments:
Post a Comment