Friday, 11 April 2014

Bergaya

Wanita memang suka bergaya dan inginkan penampilan yang cantik sentiasa . Tampil cantik adalah idaman setiap wanita. Kenapa wanita selalu nak kelihatan cantik walau dimana mereka berada terutama golongan yang belum mempunyai pasangan tentulah ingin memikat hati si dia kan. Tapi tidak bermakna yang sudah berkahwin tak perlu bergaya atau yang belum berkahwin tak semestinya kena bergaya. Jika kita dari golongan yang suka bergaya haruslah kita kekalkan penampilan tersebut sebelum dan selepas berkahwin dan mempunyai anak. Ramai wanita hari ini terutama yang telah berkahwin terlupa penampilan mereka sebelum berkahwin. Sebaik-baiknya kita menjaga penampilan kita biarpun selepas mempunyai anak. Ini penting untuk seseorang wanita itu tampil lebih yakin bilamana kita keluar bersama suami terutamanya semasa majlis makan malam bersama rakan sekerja encik suami. Ini kerana apabila kita kelihatan selekeh, kita mungkin akan terasa kecil hati dengan pandangan sekeliling orang yang selalu bersama Encik suami. Manakala suami pun rasa rendah diri dan sebagainya. Namun ini bukan menakut- nakutkan namun kesedaran itu penting untuk kita kelihatan cantik, jaga penampilan dan sebagainya. Saiz badan juga faktor penting yang perlu kita jaga terutama sekali selepas bersalin, jangan ambil mudah. Ramai antara kita yang berkata " ah.. Biarlah ... Janji aku bahagia" namun itu bukanlah tindakan yang bijak. Seharusnya kita kena berusaha untuk mendapatkan saiz badan yang ideal khususnya agar sedap mata Encik suami memandang. Kita juga akan berasa lebih yakin dengan diri sendiri dan sekaligus dapat mengekalkan penampilan kita sebelum mempunyai anak. Penampilan bagi wanita amat penting kerana penampilan adalah cermin  bagi diri kita. Penampilan perlulah sesuai dengan keadaan di sekeliling kita, tak perlu 'over' sangat kerana ia akan menjadikan kita tak selesa dan sebagainya. Bagi yang belum mempunyai pasangan pula, nasihat saya perlu lah jadi diri sendiri, agar ianya tak menyusahkan kita kelak. Jika kita kena mengubah diri kita untuk seseorang, apakah kita akan kekal menjadi orang lain pada masa akan datang? Sudah tentulah tidak, hubungan juga tidak akan kekal jika kita cuba untuk menjadi orang lain. Jadi lah diri sendiri pada awal perkenalan, pendek kata jujur pada diri sendiri dan juga si dia yang baru dikenali. Lebih baik diri nya menerima seadanya kita untuk hubungan yang kekal abadi. 
Berbalik pada tajuk bergaya, menjadi diri sendiri yang suka bergaya memang tak salah teruskan gaya itu walaupun apabila dah berkahwin dan ada anak. Walaupun kadang-kadang ada suara- suara yang mengata ' dah beranak pinak pun masih bergaya sakan' , tapi biarlah apa orang nak kata apa janji kita jadi diri kita dan kita tahu apa yang kita buat itu untuk kelihatan cantik buat suami tercinta dan menambah keyakinan diri sekaligus kita akan bersikap lebih positif. Jika tiada keyakinan diri maka kita selalu memikirkan perkara yang negatif yang membuat kita tertekan, rasa rendah diri dan sebagainya. Bagi yang kurang pandai bergaya pula, seharusnya kita belajar dari semasa ke semasa, kerana penampilan amat penting kerana ianya adalah cermin diri kita. Minta pandangan dari pasangan kita tentang penampilan kita, bersikap terbuka agar kita dapat terima dan tahu apa jua kelemahan dan dengan itu kita sedikit demi sedikit dapat memperbaiki gaya penampilan kita untuk tampil lebih cantik dan bergaya. Dan saya percaya setiap wanita mahu tampil bergaya dan kelihatan cantik. 
Sekian untuk pandangan saya tentang bergaya untuk kali ini.

Semoga anda dan saya lebih yakin pada diri sendiri dan menjadi wanita bergaya dan berjaya!









Thursday, 3 April 2014

WANITA DAN KECANTIKAN

Wanita dan kecantikan, memang berkait rapat. Setiap wanita mengidamkan wajah yang cantik, bentuk tubuh badan yang cantik dan pakaian yang cantik.Namun bukan semua pun  memiliki wajah dan bentuk badan yang cantik.Apapun kita bersyukur kerana wajah kita adalah anugerah dari Tuhan.Mahu memiliki badan yang cantik, yang ni kena usaha juga. Badan yang cantik ialah badan yang ideal, tidak gemuk dan tidak terlalu kurus.Ramai wanita sekarang takut gemuk tapi tidak mengawal nafsu makan sebab katanya sedap dan sebagainya.Bila kata kena bersenam, malas lah pulak.Macam-macam alasan dan sanggup berabis untuk membeli produk atau pergi ke pusat sliming centre.Tak salah kalau mampu, tapi yang tak mampu tu bagaimana? Kalau memang nak kuruskan badan, apa cara sekalipun boleh menjadi asalkan kita berusaha.
Tips yang paling penting ialah mindset. Set minda kita untuk turunkan berat badan maka secara otomatik kita boleh mengawal nafsu makan dan melakukan senaman ringan dirumah.Bagi yang sibuk bekerja pula kalau tak ada masa nak bersenam, lakukan aktiviti selepas balik kerja.Buat kerja-kerja rumah juga menyumbang dalam penurunan berat badan. Cara makan juga diambilkira, makan ikut masa dengan kuantiti yang sedikit. Jika jenis yang cepat lapar, kerapkan waktu makan tapi kuantiti yang sedikit. Contohnya makan pagi, ambil secawan kopi + roti, tengah hari ambil semangkuk nasi +lauk (seimbang), minum petang secawan milo + biskut atau kuih, makan malam sebelum jam 8 ambil semangkuk nasi + sup (ayam + sayur). Minum air secukupnya. Malam jika lapar ambil milo atau oats. Jika berat badan berlebihan boleh selitkan pengambilan oats pada waktu siang untuk tenaga dan oats juga boleh membantu dalam pembakaran lemak. Kawal nafsu makan seboleh-bolehnya, berhenti makan sebelum kenyang.Mula-mula agak susah tetapi lama-kelamaan akan menjadi kebiasaan. Bila dah menjadi kebiasaan, kita akan nampak perubahan dari semasa ke semasa.
Jadi, jangan buat alasan lagi kalau kita nak kelihatan cantik tubuh badan, mulakan sekarang. Saya dah pun mencuba guna tips diatas dan ianya berkesan dan sekarang saya sangat gembira.Saya makan untuk alas perut sahaja untuk mendapatkan tenaga.Sekarang saya tak perlu diet macam nak pengsan pun ada menahan lapar.Rupa-rupanya salah, makan ikut waktu tapi ambil dalam kuantiti yang sedikit.Tips ini saya pelajari dari cara orang Jepun, saya terbaca satu artikel bagaimana orang Jepun dinegara Jepun tidak makan untuk kenyang tapi sekadar mengalas perut.Kalau kita tengok makanan orang jepun pun kebanyakannya memang dibuat sikit untuk sejenis. Pada mulanya saya terpikir juga bagaimana orang Jepun ni boleh kenyang kalau hanya makan sushi. Tapi apabila saya terbaca artikel tersebut, barulah saya tahu dan faham.
Kecantikan pada wajah pula, saling dikaitkan dengan produk-produk kecantikan yang memang dah tak terkira  banyaknya.Pelbagai jenis produk, pelbagai jenama di pasaran pada masa ini jadi kita kena jadi pengguna yang bijak untuk memilih apa jua produk yang sesuai untuk jenis kulit kita. Kita boleh mencuba satu-satu produk tetapi harus berhati-hati , teliti kandungan produk tersebut. Sekiranya masalah berlanjutan permasalahan kulit bolehlah berjumpa dokter pakar untuk mendapatkan khidmat nasihat. Untuk wajah yang semulajadi bersih dan tidak bermasalah , bolehla terus menggunakan produk yang dipakai. Kepelbagaian produk pada hari ini juga menyukarkan kita untuk memilih mana satu produk yang paling bagus kerana setiap orang berlumba-lumba untuk tampil lebih cantik manakala pengusaha produk juga berlumba-lumba menghasilkan produk yang terbaik dan menawarkan penggunanya menjadi rakan kongsi dan sebagainya. Jadi ini juga satu peluang yang baik sebagai pengguna bijak kita bukan sahaja menjadi pengguna malah rakan kongsi kepada pengusaha produk tersebut, disamping kita guna produk kita juga dapat menjana pendapatan sehingga ada pengguna menjana pendapatan utama mereka melalui produk yang mereka guna.
Antara jenama produk yang  tidak  asing bagi wanita pelbagai peringkat umur iaitu AVON. Saya percaya semua orang tahu tentang AVON.  Produk kecantikan AVON juga bertaraf antarabangsa. AVON juga menawarkan keahlian dengan potongan harga yang menarik pada setiap produk yang anda beli. Menjadi ahli kepada AVON juga melayakkan anda menjual produk mereka kepada rakan-rakan anda. Dengan itu, anda dapatlah menjana pendapatan dari hasil jualan dengan hanya menunujukan catalog AVON. AVON juga menwarkan pelbagai produk, jadi kita tak perlu mencari produk dari jenama lain.Di AVON boleh dikatakan semua ada , kosmetik, penjagaan kulit dan juga haruman.AVON juga sentiasa melakukan kempen melalui katalog. Dari segi harga jauh lebih murah berbanding jenama lain.
Tidak kira apa jenama yang dipilih, jadilah pengguna bijak senantiasa.

JOM CUCI-CUCI MATA  : Klik dibawah !

AVON e-Brochure




Salam sejahtera dan semoga anda dan saya berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi!

Wednesday, 2 April 2014

BERBELANJA ATAU MEMBELI-BELAH

Entri pertama saya terbuka untuk berkongsi apa yang saya dan kebanyakan wanita suka. Apa yang wanita suka? Kebanyakan mereka akan menjawap "shopping", begitu juga saya, duit itu masalah kedua, tak ada duit boleh juga cuci-cuci mata "window shopping". Jalan-jalan di shopping mall adalah kegemaran wanita, sampai ada yang mengatakan membeli belah itu adalah "self-therapy" yang dapat menghilangkan tekanan kerana tekanan kerja dan sebagainya. Tapi bukan semua wanita mendapat peluang sedemikian, mereka yang kurang berkemampuan atau mereka yang sibuk dengan aktiviti seharian, namun masih ada alternatif bagi yang sibuk boleh membeli melalui dalam talian, manakala yang kurang berkemampuan perlu menyedari diri untuk berjimat cermat. Bagi yang kurang bernasib baik ini, apapun keadaan kita kena bersyukur dengan seadanya kita namun bukan bererti kita harus mengalah dan duduk sahaja, keluar mencari peluang di luar kerana orang lain tidak akan memberi peluang pada diri kita tapi kita sendiri yang harus mencari peluang yang ada. Kadang-kadang kita tersepit kerana dek masalah anak-anak dan sebagainya namun untuk memulakan langkah menuju kejayaan bukan sesuatu yang mudah. Permulaan dengan pelbagai cabaran yang perlu ditempuhi, namun teruslah berusaha tanpa peduli apa orang buat dan apa orang cakap. Kelemahan wanita ialah suka ambil peduli apa orang lain cakap, kita akan lemah apabila orang cakap sesuatu yang tidak suka didengar mengenai diri kita. Kita mudah rasa kecil hati dan sebagainya, namun kekadang kita tidak sedar bahawa kita juga pernah menyakiti hati orang lain dengan kelakuan kita, percakapan kita dalam kita sedar dan tidak sedar. Sebaiknya jika kita tersedar kita harus meminta maaf dan berdamai dengan seseorang yang telah kita sakiti dan dengan itu kita akan merasa tenang dan lebih bermotivasi diri.Hidup di dunia siber pada abad ini merupakan satu cabaran juga, dengan wujudnya media sosial pada hari ini dan penyalahgunaan media ini menjadikan penggunanya cenderung kepada masalah mental dan emosi. Wanita yang bijak ialah wanita yang boleh mengawal emosi, dan lebih positif dalam apa jua yang mereka lakukan.

Berbalik kepada tajuk, berbelanja atau membeli belah adalah dua perkara sama namun maksudnya berlainan, berbelanja ialah membelanjakan wang ringgit untuk membeli barangan keperluan manakala membeli belah pula membeli barangan mengikut kehendakdan keinginan diri sendiri. Jika kita dari golongan yang kurang berkemampuan kita perlu pilih kata berbelanja, ianya lebih sesuai kerana kita akan mengajar diri kita untuk meletakan satu kos keatas barangan yang kita perlu atau apabila kita menginginkan sesuatu dan merancang untuk membelinya. Meletakan kos dan merancang  sesuatu barangan yang kita hendak beli adalah satu langkah berjimat.

Namun ada sesetengah wanita yang suka membeli belah tanpa mengira kemampuan dan ini akan memudaratkan lagi masalah kewangan. Ada yang sanggup berhutang demi memenuhi kehendak mereka. Sedih tapi hakikat bak kata pepatah " Biar papa, asal bergaya" Untuk mengelakan diri dari terjebak dalam masalah ini, kita perlu cepat-cepat sedar diri kita supaya kita dapat selamatkan diri kita.Orang lain tidak akan selamatkan diri kita melainkan diri kita sendiri.Berbelanja dengan berhemah adalah tanggungjawab kita demi keharmonian keluarga kita.

Cukup setakat ini dahulu buat entri pertama saya di blog ini. Terima kasih moga menjadi terapan dalam diri saya dan anda wanita yang bijak. Salam sejahtera!